Tuesday, 23 May 2017

Matriculation Hectic Life

Assalamualaikum and hai korang. Lama x update blog niih! Dah bersawang agaknya. ahaks! First things first,sekarang tengah mood holiday kot. huhu. Best baqq hang! Cuti sem 2 nii,selepas melalui 2sem di my lovely KMPP niih , Nampak tajuk macam gerun kan ? But wait! Tak hectic pun korang,biasa jahh. Btw Wa student PDT . Adik2 sesi 2017/2018 boleh jumpa hakak Wa lagi. hahaha . Nak share story tapi mak Wa panggil. Sorry koraaang. Kalau ada yang requests boleh ja Wa share. Acah artis doooo .ahaks!
#KolejMatrikulasiPulauPinang 
#KMPPdihati 
#Sem3menanti 
#Takutresult

Tuesday, 28 March 2017

"Kawan Time Sekolah Rendah,Sekolah Menengah and Time Dekat Kolej"

Assalamualaikum and hai korang. hurmmmmm so harini Wa nak share ngan korang pendapat Wa tentang perbezaan antara kawan masa sekolah rendah,sekolah menengah and time kat kolej. Ehh ada beza ke? Mesti korang tertanya-tanya kan ? Mestilah ada beza dia. Seiring umur yang meningkat,kawan-kawan pun ada beza dia even kita tak nak pun beza-bezakan dia. huhu . 

Okey! Let us start with kawan time sekolah rendah. Time sekolah rendah ni kita budak-budak lagi kan? Seriously time ni korang memang jujur gila kalau berkawan. Kalau kawan korang tu busuk ern mesti korang direct je kan bagitahu dia yang dia busuk? hahaha. Itu memang fakta pun. Kalau gaduh pun sehari lepas tu baik balik. Kawan time sekolah rendah nii,seriuos enjoy sebab korang time ni jujur. Main sama-sama. Nak main dengan lawan jantina pun okey. Tiada istilah couple ke friend zone ke. 

Now! Kita move kepada kawan time sekolah menengah pulak. Time sekolah menengah nii munculnya geng-geng manusia tikam kawan dari belakang. Gaduh sikit memang boleh heboh satu sekolah,satu kampung,satu taman. Time ni masing-masing dah remaja. Cara berfikir pun dah lain. Asyik nak menang. Asyik nak memberontak. Namun begitu,tak dinafikan jugak yang kawan time sekolah menengah ni mampu buat kita ingat akan persahabatan nii sampai bila-bila. Semua dah besar kan,so boleh cipta kenangan sama-sama. Sama-sama cipta kenangan sebelum SPM. Something to remember lahh moment-moment time sekolah menengah nii. 

Lastly,kawan time kolej or universiti. Time ni kita dah keluar dari kita punya circle tau. Ada yang Kelantan pergi sambung belajar kat Penang. Macam Wa! huhu. Ada yang duk Selangor pergi belajar kat Sabah. Means kita dah totally keluar dari kita punya cirle of friend. Time nii lah kita akan jumpa macam-macam jenis kawan. Macam-macam jenis orang. So,pilih betul-betul! Kalau yang duk jauh dari family tuu,time kat kolej nii kawan lah everything. Time ni semua dah matang. Boleh fikir jauh. Masa kat kolej ni lahh friendship goal tu mula menebal. huhu 

Walau apa beza pun antara kawan-kawan kita tu,they still our friends. Tak boleh lupakan kawan-kawan tuu. Tapi pesan Wa pilihlah kawan-kawan yang elok budinya. Bak kata pepatah Inggeris,"Show me your friends and I will show you ,your future!" Maknanya kat sini dengan siapa kita berkawan kalau kita nii mudah terpengaruh,kita akan terikut dengan cara dia. 
                                  




Saturday, 25 March 2017

"Our Mum Is Our Bestfriend"

OUR MUM IS OUR BESTFRIEND! Yes! Truly yes! Tiada sahabat yang paling terbaik atas dunia ni kecuali ibu kita. Ibu kita tak pernah sakitkan hati kita. Ibu kita tak pernah patahkan semangat kita. Ibu kita tak pernah lahh nak buat kita sakit. Ibu kita ni sebaik-baik tempat untuk meluahkan segala-galanya atas muka bumi ni. Ibu kita sanggup berikan apa sahaja untuk kita. Apa sahaja! Ibu juga ialah orang yang selalu berada di belakang kita memberikan kita semangat dalam apa jua yang kita lakukan. Ibu,Wa percaya dialah satu-satunya sahabat yang mampu menyimpan rahsia kita walau berjuta tahun lamanya. Maa,Ibu,Mama,Mummy,Umi,Mak and whatever we call our mum...SHE IS EVERYTHING. THE BEST BEST BEST SAHABAT EVER. Hargai ibu korang selagi mereka masih ada. Berbaktilah! 

"S.A.H.A.B.A.T"

Assalamualaikum. Koooooooorrraaaannnngggggg. I have no idea. Layan gambar dengan quote jom. heeeeeeee







"Annoying Friends! How to Handle It"

Assalamualaikum.Sawadikap.Hai korang. Korang dah cuba belum resepi yang Wa bagi tu? Menjadi tak? Kalau tak jadi boleh pm tepi ernn. huhu. Kidding! Entry kali nii nak cerita pasal kawan yang jenis annoying ni. Mesti korang ada kan kawan yang macam nii? Tak dinafikan kot dalam dunia ni macam-macam perangai manusia ada. Kawan yang annoying ni kadang-kadang boleh jadikan hati kita irrating dengan perangai tak semegah dia tu. So,sekarang Wa nak share tips sikit macam mana nak handle kawan yang macam ni supaya korang dengan kawan korang tuu boleh hidup bahagia selamanya. In Shaa Allah till Jannah.heeeee.
These are the tips guys: 
-Try buat kawan korang tu sedar apa kesalahan yang diorang buat dengan menggunakan BODY LANGUAGE! Contohnya,korang nak pergi mana-mana tapi korang tak ajak diorang.Okey kat sini nampak kejam kot tapi kita bukan nak cari gaduh just nak sedarkan diorang. So,dengan buat macam ni mesti diorang ni akan tertanya-tanya kenapa korang buat diorang macamtu ernn. Then,In Shaa Allah diorang sedar lahh apa salah diorang. 
-Kalau cara kat atas tuu tak berapa nak jalan,try lahh talk to her or him from heart to heart. 
Try lahh. In Shaa Allah menjadi . DOA,USAHA,TAWAKAL. Kita dengan kawan nii bukan nak berkawan sehari dua je tapi In Shaa Allah untuk selama-lamanya. So,handle your friend with care. Ahaks! 

Tuesday, 21 March 2017

"Resipi Bersahabat"

Assalamualaikum kawan-kawan. I'm back. Haiiiiiii! Okey!!! Today,Wa nak share dengan korang tentang resipi bersahabat. hoho. Nak berkawan pun kena ada resipi ke?? Of course! Ingat memasak je ke kena ada resepi? Bersahabat pun ada laaa ada resepi dia. 

  • Bahan-bahan 

  1. Aku(diri kita) 
  2. Dia(sahabat)
  3. Hati yang ikhlas 
  4. Husnuzan
  5. Sentiasa memaafkan 
  6. Doa               


  • Cara-cara


  1. Apabila bersahabat "aku" dan "dia" haruslah sama-sama mempunyai tanggungjawab masing-masing serta mempunyai harapan dalam persahabatan tersebut. Friendship goal gitu. yeeeeeaaayyyy!!! 
  2. "Aku" mampu memaafkan kesilapan "dia" & memberi peluang kepada "dia" untuk berubah kearah lebih baik.
  3. "Aku" dan "dia" hendaklah mempunyai hati yang ikhlas dalam persahabatan. Jangan ada niat yang lain. Jangan pernah terlintas difikiran "aku" untuk mempergunakan "dia". 
  4. Seandainya ada perasaan curiga"aku" terhadap "dia" risiklah daripada orang tengah yang boleh dipercayai seperti keluarga "dia" atau kawan-kawan rapat "dia" yang terlebih dulu kenal "dia" daripada "aku". Sentiasa husnuzan dengan "dia". Jangan pernah bersangka buruk sebelum mengetahui perkara sebenar. 
  5. Terima kekurangan & keburukan "dia" seadanya. Cuba lihat nilai positif dalam diri "dia". Jika berlaku perselisihan faham antara "aku" dan "dia",jangan terburu-buru memutuskan persahabatan yang telah terbina. Jangan disebabkan 1 kesalahan "dia","aku" melupakan 10 kebaikan "dia" .
  6. Berdoalah kepada Allah s.w.t supaya Allah s.w.t itu memberkati hubungan persahabatan "aku" dan "dia".
  7. Lastly,try lahh resepi bersahabat daripada Wa nii. In Shaa Allah, "aku" dan "dia" akan memperoleh kemanisan dalam persahabatan.