Tuesday, 28 March 2017

"Kawan Time Sekolah Rendah,Sekolah Menengah and Time Dekat Kolej"

Assalamualaikum and hai korang. hurmmmmm so harini Wa nak share ngan korang pendapat Wa tentang perbezaan antara kawan masa sekolah rendah,sekolah menengah and time kat kolej. Ehh ada beza ke? Mesti korang tertanya-tanya kan ? Mestilah ada beza dia. Seiring umur yang meningkat,kawan-kawan pun ada beza dia even kita tak nak pun beza-bezakan dia. huhu . 

Okey! Let us start with kawan time sekolah rendah. Time sekolah rendah ni kita budak-budak lagi kan? Seriously time ni korang memang jujur gila kalau berkawan. Kalau kawan korang tu busuk ern mesti korang direct je kan bagitahu dia yang dia busuk? hahaha. Itu memang fakta pun. Kalau gaduh pun sehari lepas tu baik balik. Kawan time sekolah rendah nii,seriuos enjoy sebab korang time ni jujur. Main sama-sama. Nak main dengan lawan jantina pun okey. Tiada istilah couple ke friend zone ke. 

Now! Kita move kepada kawan time sekolah menengah pulak. Time sekolah menengah nii munculnya geng-geng manusia tikam kawan dari belakang. Gaduh sikit memang boleh heboh satu sekolah,satu kampung,satu taman. Time ni masing-masing dah remaja. Cara berfikir pun dah lain. Asyik nak menang. Asyik nak memberontak. Namun begitu,tak dinafikan jugak yang kawan time sekolah menengah ni mampu buat kita ingat akan persahabatan nii sampai bila-bila. Semua dah besar kan,so boleh cipta kenangan sama-sama. Sama-sama cipta kenangan sebelum SPM. Something to remember lahh moment-moment time sekolah menengah nii. 

Lastly,kawan time kolej or universiti. Time ni kita dah keluar dari kita punya circle tau. Ada yang Kelantan pergi sambung belajar kat Penang. Macam Wa! huhu. Ada yang duk Selangor pergi belajar kat Sabah. Means kita dah totally keluar dari kita punya cirle of friend. Time nii lah kita akan jumpa macam-macam jenis kawan. Macam-macam jenis orang. So,pilih betul-betul! Kalau yang duk jauh dari family tuu,time kat kolej nii kawan lah everything. Time ni semua dah matang. Boleh fikir jauh. Masa kat kolej ni lahh friendship goal tu mula menebal. huhu 

Walau apa beza pun antara kawan-kawan kita tu,they still our friends. Tak boleh lupakan kawan-kawan tuu. Tapi pesan Wa pilihlah kawan-kawan yang elok budinya. Bak kata pepatah Inggeris,"Show me your friends and I will show you ,your future!" Maknanya kat sini dengan siapa kita berkawan kalau kita nii mudah terpengaruh,kita akan terikut dengan cara dia. 
                                  




No comments:

Post a Comment