Tuesday, 21 March 2017

"Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq "

Assalamualaikum. Hai korangg . KaiFaHaLukKa??? Apa khabar semua??? Untuk entry kali nii Wa nak share dengan korang semua tentang satu orang sahabat yang sangat amat mencintai dan menyayangi sahabatnya iaitu Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq! Jom ikuti kisah Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq dengan baginda junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. 


Ketika peristiwa Hijrah- Rasulullah ditemani Saiyidina Abu Bakar telah bersembunyi di gua Thur Abu Bakar telah terpandang seekor ular keluar dari lubang berhampiran tempat rasulullah tidur. Beliau lantas menutup lubang tersebut dengan kakinya kerana bimbang ular itu akan mematuk kaki Rasulullah. Lantaran menahan kesakitan dipatuk ular air matanya terjatuh ke pipi Rasulullah dan baginda terjaga dari tidurnya. Peristiwa pengorbananya ini tercatat didalam al Quran dalam Surah At- Taubah :ayat :40

Selain itu, Saiyidina Abu Bakar merupakan sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang paling rapat sekali.Buktinya,semasa Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah dari Makkah ke Madinah pada tahun 622,hanya beliau seorang yang mengikuti Rasulullah s.a.w. tanpa ditemani oleh orang lain.

Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq juga sentiasa yakin dan membenarkan setiap apa yang dikatakan dan dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Sebagai contoh,Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq mengakui kebenaran peristiwa Isra' dan Mikraj yang dilalui oleh Rasulullah.Apabila orang ramai mengatakan baginda berdusta, malah ada dikalangan sahabat yang ragu-ragu tentang peristiwa tersebut, Saidina Abu Bakar menjadi orang pertama membenarkan dan mempercayai peristiwa tersebut dengan penuh keyakinan tanpa ragu-ragu sehinggakan Rasulullah s.a.w pernah bersabda " Tidaklah aku menyeru sesiapa pun kepada Islam melainkan dia teragak-agak dan melewatkannya kecuali Saidina Abu Bakr".Pernah juga Nabi s.a.w bersabda; Andainya sekelian manusia akan mendustakan Muhammad s.a.w , Saidina Abu Bakr lah yang akan tampil dengan penuh keyakinan untuk membelaku. 

Nahh kawan-kawan lihatlah seorang sahabat sejati. Tidakkah kita ingin menjadi seperti Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq??? Ya! Mungkin kita tidak mampu untuk menjadi sahabat sehebat Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq tetapi sekurang-kurangnya kita tidak menyakiti hati sahabat kita itu. 

No comments:

Post a Comment