![]() |
SINOPSIS
The Cure” mengisahkan tentang persahabatan dua orang budak lelaki yang tinggal berdekatan,yang sama-sama kesunyian, Dexter (Joseph Mazelo) 11 tahun, seorang budak lelaki yang dijangkiti HIV /AIDS melalui transfusi darah ketika masih bayi, dengan Erik (Brad Renfro) 13 tahun, jiran sebelah rumah yang merupakan penduduk baru di kawasan kejiranan itu. Perjalanan mereka bermula ketika mereka mendapat maklumat bahawa ada seorang doktor yang sudah menemukan ubat untuk AIDS. Dalam filem ini karakter Dexter dan Erik dilakonkan dengan sangat baik, bahkan memukau, namun tetap natural dan tidak berlebihan, sehingga berasa benar-benar melihat kehidupan nyata dua orang budak lelaki itu.
Okay. Setakat tuu sahaja sinopsis yang Wa dapat kongsikan dengan korang semua. Movie ni best. Kalau ada masa,rasa macam nak cari and tengok je movie ni. Hope one day dapat tengok lah. In Shaa Allah. And now Wa nak kongsikan dengan korang pengajaran dari cerita ni. Sunber dari google lahh . Disebabkan Wa pun tak tengok lagi cerita ni, so Wa tanya abang google lah . huhu. Pengajarannya ialaahhhhhhhhhhhhhh:
- Sebuah kasih sayang dan persahabatan yang tulus dan ikhlas yang terjadi diantara dua orang budak lelaki yang masih sangat mentah. Mereka tahu erti persahabatan. Mereka menghargai di antara satu sama lain.
- Movie ini juga mengajarkan kita untuk tidak menjauhi dan menghina orang-orang seperti Dexter. Kita melihat dalam diri Erik bagaimana kasihnya yang diberikan terhadap sahabatnya dengan sangat tulus. Tidak hipokrit sama sekali. Erik tidak peduli dan masih mahu bersahabat dengan Dexter yang menghidap AIDS. Sedangkan semua orang menjauhi Dexter. Nahhh,inilah yang dikatakan persahabtan yang sebenar. Sanggup menerima kelebihan dan KEKURANGAN sahabatnya.
No comments:
Post a Comment